Wednesday 7 August 2013

I'm Newbie !

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Semoga keselamatan tetap kepadamu, teriring rahmat ALLAH dan berkah-Nya



Baca tajuk di atas, ya aku memang newbie di sini. 5 Ogos blog hijau ini ditubuhkan oleh kakak aku [Effa Nadia] dan dia telah memberi tunjuk ajar kepada aku mengenai itu ini. Dia cakap kalau mahu buat entri yang terbaik, kena letakkan gambar. Tak lah nanti orang bosan membacanya. Dan aku pilih gambar di atas memandangkan aku ni seorang newbie di alam blogger.

Mula-mula aku tengok dashboard blogger aku dah pening kepala. Dulu old interface. Sekarang dah baru. Dulu aku ada blog, tapi satu entri pun tak terbuat dan aku tinggalkan blog itu di tepi jalan. Dan dulu aku memang tak tahu apa motif aku berblog.

Sekarang, motif aku untuk berblog adalah untuk bersaing dengan kakak aku. Aku tengok dia selalu dapat hadiah topup katanya blogger yang beri hadiah giveaway. Ada jugak dia cakap dia menang baju T-shirt dan phone casing. Tapi belum sampai sampai sekarang dan dia tak peduli langsung. Dia buat muka selamber je.

Fyi, aku dah start buat tutorial blog. Walaupun aku agak blur tentang itu ini tapi aku ada kakak yang dapat membantu aku dalam dunia blogging :)

Post aku akan berakhir sampai di sini saja, nanti kita berjumpa lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri ! ^_^

No comments:

Post a Comment

Komen yang mengandungi perkataan yang kurang sopan akan dibuang ^_^